Planet Malaysia Open Source Communities blog is a compilation of RSS feeds from all website and blog releated to Open Source In Malaysia.

Tuesday, February 9, 2010

Open Web Application Security Project (OWASP) Malaysia Chapter

Open Web Application Security Project (OWASP) Malaysia Chapter

Open Web Application Security Project (OWASP) adalah pertubuhan bukan untuk keuntungan bersifat kebajikan seluruh dunia (not-for-profit worldwide charitable organization) yang menumpukan usaha dalam meningkatkan keselamatan perisian web. Misi OWASP adalah untuk menimbulkan kesedaran tentang keselamatan dalam perisian web, agar keputusan yang dibuat oleh individu atau organisasi adalah lebih tepat dan benar.

Orang ramai adalah dijemput menyertai OWASP dan mendapatkan pelbagai bahan dan maklumat yang dilesenkan dengan lesen sumber terbuka. OWASP sentiasa percuma dan terbuka kepada sesiapa yang berminat dan mahu mempelajari dengan lanjut tentang keselamatan perisian.

Bagi rakyat Malaysia sila sertai senarai email OWASP Local Malaysia Chapter di


OWASP Local Malaysia Chapter turut menyediakan Wiki untuk pelbagai maklumat yang melibatkan aktiviti-aktiviti OWASP di Malaysia


Sertai juga OWASP Malaysia Chapter dalam Facebook


OWASP Malaysia Chapter telah merangka aktiviti bengkel-bengkel keselamatan komputer, seminar dan persidangan. Sila sertai senarai email OWASP Malaysia Chapter untuk maklumat terkini dan perbincangan.

Laman web rasmi Open Web Application Security Project (OWASP)


Bahan rujukan berkaitan di OSCC MAMPU

(1) Web Application Guidelines
(2) OSS Reference Architecture

Muat turun di


OWASP turun disokong oleh komuniti MySecurity


Sekian, Terima kasih.

Popular Posts