Planet Malaysia Open Source Communities blog is a compilation of RSS feeds from all website and blog releated to Open Source In Malaysia.

Sunday, January 9, 2011

Sumbangan Dan Sukarela MOSC2011 Malaysia Open Source Software Conference 2011

Sumbangan Dan Sukarela MOSC2011 Malaysia Open Source Software Conference 2011


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Komuniti OSS Malaysia akan menganjurkan Malaysia Open Source Conference 2011 atau MOSC2011 untuk kali ke tiga dan akan diadakan pada 3 Julai 2011 sehingga 6 Julai 2011. Persidangan perisian sumber terbuka (Open Source Software @ OSS) ini adalah bertujuan bagi menemukan pengguna-pengguna OSS daripada seluruh negara Malaysia dan luar negeri.

Ia turut menyatukan kumpulan pakar komputer dan OSS daripada pelbagai bidang daripada sektor kerajaan, swasta dan komuniti. MOSC 2011 adalah usaha komuniti OSS Malaysia dan ia adalah projek tahunan yang dilakukan secara sukarela.

Kami membuka kepada individu, sukarela dan organisasi yang berminat untuk menyumbang dalam persediaan persidangan ini. Sumbangan boleh dalam pelbagai bentuk dan bagi anda yang boleh menyumbangkan masa dan tenaga boleh sertai kumpulan email ini.


Untuk makluman awal, kelulusan penyertaan adalah atas budi bicara jawatan kuasa MOSC2011. Sila berikan sebab yang kuat dan bersesuaian bagi menyertainya. Anda juga boleh email kepada

secretariat @ mosc.my

Pendaftaran dan maklumat lanjut MOSC2011 boleh juga didapati di


Untuk makluman laman web akan sentiasa dikemas kini dan diperbaiki menjelang hari-hari persidangan. Bagi melihat MOSC 2010 yang telah lepas sila lawat laman web http://conf.oss.my/

Bagi anda yang hanya mahu menerima email pengumuman sahaja sila sertai kumpulan email ini


Lain-lain rujukan yang berkaitan dengan MOSC2011






Senarai email OSDC.my adalah kumpulan perbincangan komuniti-komuniti OSS Malaysia. Anda dijemput untuk menyertai OSDC.my dan maklumat lanjut di laman sesawang



Harisfazillah Jamel

Secretariat OSDC.my dan MOSC2011

Malaysia Open Source Community (MOSC)


09012011

No comments:

Post a Comment

Popular Posts